Tuesday, April 21, 2009

pesanan..

salam..

aku cari-cari balik kata-kata semangat malah nasihat lembut yang aku kumpul masa aku mengenal alam maya ni..aku petik anak-anak benihnya lalu aku semai dia dan tanam elok-elok supaya tumbuh sedang elok rimbunan rendang sejuk mata memandang dalam hati..tapi sedikit je yang subur yang lain semua mati sebab aku tak jaga...faham maksudnya?aku tengah kias nih..shh diam-diam dulu..

aku rasa..dalam banyak-banyak kata-kata..aku tertarik dengan pesanan ini..mungkin yang lain dah biasa dengar..cuma lupa..hmm mungkin aku je yang lupa..

nilah pesanan al-Qamah kepada anaknya..-

ANAKKU..
jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat ini, iaitu jika engkau melayaninya ia suka melindungimu, jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu.

PILIHLAH sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberi jasa baik atau bantuanmu, lalu dia menerima dengan rasa terharu, jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna, sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya.

PILIHLAH sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi..dan jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, dia pasti membantu, meringankan serta menghiburkanmu...

******************************************************************************

SAHABAT...
jika hari ini aku terlalu gembira

sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH
jika aku bersedih tanpa kata
pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta
jika aku lemah tak berdaya
ingatkanlah aku tentang kehebatan syurga
jika antara kita ada tembok pemisah
ajaklah aku meleraikannya segera
jika pernah hatimu terluka disebabkan aku
luahkanlah agar aku berubah
dan jika esok aku lena tanpa terjaga
iringilah lenaku dengan kalungan doa...


lately..hati ini kondisinya sedang berkecamuk..agak remuk..dalam proses berkecai..sudah mengatasi paras sedih gundah gulana..setelah kaget malah terkesima..dan melalui saat pasrah

sekian..

2 comments:

erHam-D said...

pekehel nie yob..
hati runsing jiwa kacau..

Ruch Mathers said...

we re going thru the same stage now.lets celebrate by going to karaoke this friday before my final